AMALI MINGGU 10 : PEMBIAKAN TUT, PENANAMAN JAGUNG (12.11.18)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Pada minggu ini, saya ingin berkongsi sedikit apa yang telah dipelajari dalam kelas amali iaitu mengenai pembiakan tut serta penanaman jagung.


PEMBIAKAN TUT (MARKOT)


Pengenalan pembiakan tut: 

πŸ’š Satu teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk. Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk mencari makanan dan air. 



Kebaikan pembiakan tut:

πŸ’™ Ciri-ciri pokok induk diwarisi.
πŸ’™ Tanaman baru cepat matang.


Kelemahan pembiakan tut:

πŸ’™ Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang.
πŸ’™ Perlu kemahiran membuat tut.


Alatan kaedah pembiakan tut:

1. Pisau cantuman
2. Tali
3. Plastik pembungkus
4. Hormon pengakaran
5. Media tanaman / Jeffy pallet

Kaedah pembiakan tut:

1. Menyediakan media tanaman yang terdiri daripada campuran tanah loam dan bahan organik mengikut nisbah 1:1. Medium digaul dengan rata dan campurkan sedikit air supaya melekit untuk mudah dibentuk seperti bebola bagi dilekapkan pada bahagian ranting yang hendak ditut. 

  


2. Pilih dahan pokok yang sihat dengan ukuran diameter lebih kurang 1 cm dan tiada ranting kecil pada tempat untuk melakukan tut. 



3. Buatkan dua kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 2.5 cm. Kemudian kopek kulit diantara kelaran. Kikis lapisan kambium untuk mengelakkan kulit bercantum semula semula. Sapukan hormon penggalak akar pada kelaran bahagian atas. 

 


4. Bahagikan medium tanaman yang telah dijadikan bebola atau boleh menggunakan jeffy pallet dan lekapkan medium pada bahagian yang dikikis. Kejapkan medium pada dahan.






5. Balutkan medium pada dahan dengan plastik lut sinar. Ikat dikedua-dua hujung bahagian yang telah dibalut.






Penjagaan dan pengubahan anak pokok:

πŸ’œ Ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah beberapa minggu (1-3 bulan) bergantung kepada jenis tumbuhan.

πŸ’œ Tut yang berjaya perlu diubah kepada beg politena.

πŸ’œ Potong dahan di bawah bahagian tut untuk mengasingkan daripada pokok induk.

πŸ’œBuang plastik lut sinar sebelum anak pokok ditanam bagi membolehkan akar berkembang. 



PENANAMAN JAGUNG


Pengenalan penanaman jagung:

πŸ“Œ Merupakan sejenis tanaman singkat masa yang amat popular ditanam di Malaysia setiap tahun dimana ia mampu menjana pendapatan lumayan. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari kawasan asal di sungai Balsas Lembah berada di Mexico Selatan sebagai tanaman makanan utama waktu itu. Di semenanjung Malaysia keluasan penanaman jagung dianggarkan melebihi 40 000 ha. Jagung juga merupakan tanaman yang dikenali sebagai kuat "makan dan minum" di mana ianya sensitif kepada perubahan terhadap zat-zat makanan atau nutrien dan air dalam tanah. Justeru itu, amalan kultura yang baik diperlukan. Jagung adalah sejenis tanaman pendebungaan kacuk (cross-pollination) melalui udara/angin. 

Nama saintifik: Zea Mays 
Keluarga: Gramineae


Jenis-jenis jagung:

  1. Jagung manis: Zea Mays Saccharata
  2. Jagung berkanji: Zea Mays Indurate
  3. Jagung bertih: Zea Mays Everta
  4. Jagung tepung: Zea Mays Amylacea

Kaedah penanaman jagung:

1. Menggemburkan tanah di kawasan batas sendiri. Ia dilakukan bagi membaiki pengudaraan tanah, resapan air dan memudahkan pertumbuhan akar. 



2. Kemudian, mengukur jarak antara lubang jagung yang hendak ditanam. Biji benih yang diberi sebanyak 30 biji. Setiap batas mempunyai 3 baris dan setiap baris mempunyai 10 biji lubang. Corak penanaman juga perlu berbentuk zik zac. 


3. Biji benih jagung perlu direndam selama semalaman terlebih dahulu bagi mempercepatkan proses pertumbuhan jagung. Biji benih akan ditanam ke dalam lubang yang telah ditanda. Akhir sekali, siramkan di kawasan biji benih yang telah ditanam dan ditutupi oleh net. 





Semoga bermanfaat dan dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi. Terima kasih πŸ˜„

Comments

Popular posts from this blog

AMALI MINGGU 5 : PERCAMBAHAN BIJI BENIH (8.10.18)

AMALI MINGGU 4 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG

AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG) (27.10.18)