Posts

Showing posts from December, 2018
Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Pada minggu ini, kami akan kongsikan berkaitan proses fisiologi tumbuhan. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu proses fisiologi tumbuhan, betul tak? Jadi teruskan bersama kami untuk mendapatkan lebih maklumat berkaitan topik ini Apa itu Fisiologi Tumbuhan? Fisiologi tumbuhan adalah salah satu dari cabang biologi yang mempelajari tentang proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh tumbuhan yang menyebabkan tumbuhan tersebut dapat hidup.  Dengan mempelajari fisiologi tumbuhan, ia dapat difahami bagaimana cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menghasilkan karbohidrat daripada bahan mentah bukan organik dalam bentuk air dan karbon dioksida. Dalam proses fisiologi tumbuhan terdapat 5 proses lain iaitu :      1. Transpirasi      2. Fotosintesis      3. Translokasi      4. Respirasi      5. Penyerapan.  Pada amali kali ini kami hanya menumpukan pada satu proses sahaja iaitu  pr