Posts

Showing posts from October, 2018

AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG) (27.10.18)

Image
Aktiviti Amali  : Bahagian Tumbuhan Termodikasi “ Bebawang” Mari kita lihat pula bagaimana cara untuk penanaman bebawang. Pengenalan :  Pembiakan vegetatif adalah sejenis pembiakan aseks bagi tumbuhan. Melalui proses ini, tumbuhan dapat berkembang biak tanpa memerlukan biji benih atau spora . Genetik anak adalah sama dengan induknya . Contoh pembiakan vegetatif ialah seperti: ·   batang rayap ·   bebawang         ·   umbisi ·   rizom ·   tuber ·   sulur Struktur vegetatif tersebut adalah batang tumbuhan yang telah diubahsuai untuk berfungsi sebagai organ pembiakan. B ebawang  ialah salah satu contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil. Tunas aksil akan membentuk bebawang yang baru. Contoh

AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (CANTUMAN BAJI) (27.10.18)

Image
Aktiviti Amali : Cantuman Baji ( Cantuman appolo) Minggu ini kita belajar 2 tajuk berkaitan dengan cantuman baji dan juga bahagian tumbuhan yang termodikasi iaitu bebawang . Pengenalan : Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain menggunakan kaedah ini. Sion diambil dari pokok induk kemudian disatukan dengan pokok penanti (stok) yang telah dibuat belahan berbentuk v. Lihat gambar rajah dibawah dimana menunjukkan bagaimana proses cantuman baji. Peralatan Plastik aiskrim Parafilm Pisau Lipat Sekatur Tali rapia Langkah-langkah 1.   Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok penanti .  (Pokok induk kepada pokok penanti ) 2.   Potong atau trim hujung pokok asal  dan bersihkan daun disekeliling

AMALI MINGGU 5 : PERCAMBAHAN BIJI BENIH (8.10.18)

Image
Assalamualaikum, Hai 😍 Bertemu kembali kita pada minggu ke 5 ini. Pada minggu 5, kami telah belajar mengenai percambahan biji benih. Sebelum itu, anda semua tahu apakah itu percambahan dan apakah pula biji benih? Apa yang terdapat dalam biji benih?  Berapa jenis percambahan yang terlibat? 💌 Haa. Jom kita baca sambung baca sedikit sebanyak tentang percambahan biji benih 💌 Apa itu percambahan? Percambahan ialah  proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih dan percambahan akan berlaku apabila biji benih mula tumbuh. Apa pula biji benih? Biji benih ialah unit pembiakan tumbuhan berbunga yang mampu tumbuh dan berkembang menjadi tanaman yang baru. Apa yang terdapat dalam biji benih?  Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Biji benih mengandungi tiga bahagian iaitu  testa, kotiledon  dan  embrio . Dalam biji benih terdapat embrio yang