Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog

Pada minggu ini, kami akan kongsikan berkaitan proses fisiologi tumbuhan. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu proses fisiologi tumbuhan, betul tak?


Jadi teruskan bersama kami untuk mendapatkan lebih maklumat berkaitan topik ini

Apa itu Fisiologi Tumbuhan?

Fisiologi tumbuhan adalah salah satu dari cabang biologi yang mempelajari tentang proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh tumbuhan yang menyebabkan tumbuhan tersebut dapat hidup. 

Dengan mempelajari fisiologi tumbuhan, ia dapat difahami bagaimana cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menghasilkan karbohidrat daripada bahan mentah bukan organik dalam bentuk air dan karbon dioksida.

Dalam proses fisiologi tumbuhan terdapat 5 proses lain iaitu :

     1. Transpirasi
     2. Fotosintesis
     3. Translokasi
     4. Respirasi
     5. Penyerapan. 

Pada amali kali ini kami hanya menumpukan pada satu proses sahaja iaitu proses fotosintesis dan kami melakukan amali untuk menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan. Kebanyakannya daripada kita sudah mengetahui apa itu fotosintesis kerana telah mempelajari topik ini di sekolah dalam subjek Sains. Tetapi dalam entri kali ini, kami akan menerangkan dengan lebih jelas berkaitan dengan proses ini.
Apa itu Fotosintesis?

Proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia yang disimpan dalam makanan yang dihasilkan. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. 

Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis. Klorofil yang berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas. Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobacteria. 

Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindak balas dengan CO2, dan karbohidrat untukmenghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis. 

Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan herbivor yang akan menjadi makanan kepadahaiwan karnivor atau haiwan omnivor yang lain.

Persamaan Fotosintesis:

6CO2 (karbon dioksida) + 6H2O (air)  ---------------  C6H12O6 (glukosa) +  6O2 ( oksigen)
                                        (dengan kehadiran cahaya matahari)

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi fotosintesis?
1. Cahaya matahari
2. Air
3. Klorofil
4. Karbon dioksida

Apakah kepentingan fotosintesis?
1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma.
2.  Menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera.
3.  Membolehkan tumbuhan hijau membuat makanan sendiri.
4.  Mengawal dan mengekalkan kandungan karbon dioksida  dalam udara.
5.  Membekalkan makanan kepada haiwan.
6. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.

Eksperimen : Kajian Fotosintesis
Tujuan : Menguji Kehadiran Kanji Dalam Tumbuhan / Dedaun Hijau.

1.0  Bahan dan Radas : 

Bil
Bahan dan Radas
Gambar






1.






Daun Hijau











2.






Alkohol


  







3.






Iodin











4.






Air mendidih

 






5.







Tabung uji














6.










Piring petri
  





7.







Penitis












8.









Bikar 500 ml
  







9.









Multicooker

 





10.








Forsep








11.









Pisau



2.0 Langkah-langkah / Kaedah :

PROSES
  GAMBAR

1.Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam. Kemudian daun tersebut dipotong kecil.

  

2.Seterusnya, air didihkan menggunakan multicooker sehingga takat 100°C. Digital Thermometer digunakan untuk mengukur suhu takat air didih tersebut. Apabila air telah mendidih, masukkan daun hijau dan biarkan selama 1 minit untuk memecahkan dan melembutkan sel dinding daun tersebut.





3.Sementara menunggu daun yang didihkan. Tuangkan sedikit alkohol kedalam tabung uji. Kemudian rendamkan daun hijau yang telah didihkan kedalam larutan alkohol di dalam tabung uji.






  

4.Selepas rendamkan daun hijau kedalam larutan alkohol, letakkan tabung uji tesebut dibiarkan terendam di dalam air panas. Tabung uji tersebut direndam kedalam air panas selama  5 minit.






5.Selepas 5 minit, alihkan tabung uji daripada  
  air yang didih. Daun dialihkan keluar 
  daripada alkohol dan periksa sama ada daun
 tersebut telah dinyahkan warna. Alkohol 
 berfungsi melarutkan krofil tetapi tidak
 melarutkan kanji.






6.Daun yang dikeluarkan akan dibersihkan dengan air panas selama 30 saat untuk membersihkan alkohol yang ada pada daun tersebut.



7.Daun yang telah dibersihkan diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titik larutan iodin ( mengesan kehadiran kanji). Tunggu sehigga daun meresap larutan iodin.

  




8.Bahagian daun yang mengandungi kanji akan menukarkan larutan iodin daripada warna perang ke warna biru tua.




3.0 PEMERHATIAN
Peringkat pertama dimana daun hijau diletakkan ke dalam air mendidih selama 1 minit dimana tujuannya untuk melembutkan dan memecahkan dinding sel daun. Masa yang diambil untuk melembutkan daun bergantung kepada ketebalan daun. Jika daun tebal maka perlu lebih lama lagi masa yang diambil. Kemudian, peringkat kedua daun yang telah lembut dimasukkan ke dalam tabung uji berisi alkohol. Tabung uji berisi alkohol itu kemudiannya direndam ke dalam multicooker yang berisi air panas mendidih dimana proses ini dilakukan untuk menyingkirkan klorofil daun. Peringkat ketiga, daun yang telah kehilangan warna itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air panas dimana untuk membersihkan daun dari larutan alkohol. Kemudian. Daun diletakkan ke dalam piring petri. Beberapa larutan iodin dititiskan pada daun dimana bertujuan untuk mengesan kehadiran kanji. Akhir sekali, hasil pemerhatian bahagian daun yang mengandungi kanji akan menukarkan larutan iodin daripada warna perang kepada bitu tua. 
a) Warna asal iodin
   Kuning / Perang 
b) Warna daun sebelum ujikaji
Hijau  
c) Warna daun setelah diletakkan iodin
   Biru Tua

4.0 ANALISIS
1. Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api.
Alkohol jika dipanaskan terus kepada api akan menyebabkan letupan kerana alkohol merupakan alkohol merupakan cecair yang tidak berwarna dimana bersifat meruap dan mudah terbakar. Alkohol merupakan bahan yang boleh digunakan sebagai pelarut, antiseptik, bahan api fosil dan cecair aktif di dalam termometer raksa. 
2. Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan?
Fotosintesis merupakan proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan ialah untuk tumbuhana menghasilkan makanan dan membekalkan oksigen.
3. Apakah tujuan :
Merebus daun: Melembutkan dan memecahkan sel dinding daun
Mendidihkan daun dalam alkohol: Menyingkir dan mengeluarkan klorofil daun
4. Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis?
  Faktor faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis adalah:
- Cahaya Matahari
- Klorofil
- Karbon dioksida
- Air
5. 
Tuliskan persamaan fotosintesis

6. Apakah krofil? Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan?
   Klorofil atau zat hijau merupakan pigmen fotosintesis yang boleh dijumpai dalam kebanyakan tumbuhan. Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis. Klorofil yang berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas. Klorofil menyerap cahaya yang paling baik pada spektrum elektromagnet bahagian biru, diikuti oleh bahagian merah. Sebaliknya, ia ialah penyerap yang lemah pada bahagian hijau dan hampir hijau spektrum, yang ia pantulkan, lalu menghasilkan tisu mengandungi klorofil berwarna hijau. Molekul klorofil secara khusus teratur pada dan sekitar fotosistem yang terbenam dalam membran tilakoid pada kloroplas. Dua jenis klorofil wujud dalam fotosistem tumbuhan hijau, iaitu klorofil a dan b.

7. Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia.
Tumbuhan kepada manusia sangat bernilai dan penting disebabkan tumbuhan merupakan sumber makanan bagi manusia dan haiwan. Tumbuhan juga sangat bernilai kerana tumbuhan juga yang membekalkan oksigen dan membekalkan udara segar kepada manusia. Tumbuhan juga digunakan sebagai ubat-ubatan tradisional kepada manusia.
5.0 PERBINCANGAN / KESIMPULAN
Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga  biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. Fotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Klorofil adalah pigmen (pewarna) hijau yang dapat memerangkap cahaya matahari. Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis.
Persamaan bagi fotosintensis:
Gas karbondioksida dan air dibantu dengan cahaya matahari kemudian menghasilkan glukosan dan oksigen.
Reaksi kimia fotosintesis sebagai berikut:

6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O

Proses fotositesis pada tumbuhan

Akar menyerap air dan garam mineral dari dalam tanah. Kemudian zat garam mineral dan air diangkut oleh pembuluh yang bernama xilem. Air dari dalam tanah di bawa ke daun untuk di proses fotosintesis. Daun juga melakukan fungsinya untuk menyerap gas karbondioksida melalui mulut daun atau stomata.
Proses fotositesis berlangsung pada siang hari. Zat hijau daun atau klorofil berperan sebagai penerima energi dari sinar matahari untuk melakukan fotosintesis.

Karbohidrat yang dihasilkan dari fotosintesis merupakan sumber tenaga tumbuhan. Kemampuan tumbuhan juga sangat menakjubkan. Karbohidrat tersebut ternyata masih diproses lagi menjadi vitamin, lemak, protein dan senyawa lainnya untuk proses pertumbuhan tumbuhan.








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

AMALI MINGGU 5 : PERCAMBAHAN BIJI BENIH (8.10.18)

AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG) (27.10.18)

AMALI MINGGU 4 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG