AMALI MINGGU 3 : EKSPERIMEN TANAH (24.9.18)
Assalamualaikum rakan-rakan blog 😊 Pada minggu ini kami membuat eksperimen berkaitan tanah pada lot yang diberikan kepada kami untuk menanam pokok di ladang. Jadilah kaya sekejap semester ini sebab ada tanah lot sendiri 😅. Untuk makluman semua, ini merupakan minggu kami yang ketiga dalam mempelajari subjek ini. Pada minggu ini kami membuat 3 eksperimen berkaitan dengan tanah bertujuan untuk: Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan Menentukan tekstur tanah melalui cara medan Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah Terlebih dahulu, kami diterangkan oleh Dr. Husna dan Puan Salina terlebih dahulu cara-cara untuk menjalankan eksperimen ini. Perkara yang perlu dibawa oleh kami semestinya sampel tanah daripada tanah lot yang diberikan kepada kami untuk membuat pengujian pada tanah tersebut. Tanah ini mestilah diambil beberapa hari awal untuk memastikan tanah yang diambil kering. Eksperimen 1 Tajuk : Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan.