✿Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.✿
Entri pada minggu ini merupakan minggu kedua kami mempelajari subjek ini. Pada hari ini, kami diterangkan oleh Puan Salina berkaitan penggunaan baja organik E-M pada batas dan cara penanaman biji benih. Tujuan baja organik E-M digunakan pada batas adalah untuk merawat tanah agar tanah menjadi lebih subur kerana dapat mematikan bakteria-bakteria yang terdapat pada tanah tersebut. Setiap kumpulan perlu memerlukan satu bekas putih baja organik E-M seperti gambar dibawah ini untuk diletakkan pada batas kumpulan masing-masing.
|
Baja organik E-M yang digunakan |
|
Kuantiti baja organik E-M yang diperlukan oleh setiap kumpulan |
Puan Salina menerangkan kepada kami berkaitan cara penanaman biji benih pada batas. Nisbah bagi setiap biji benih adalah bersamaan 1:10. Nisbah ini membawa maksud, bagi satu paket biji benih sayur yang digunakan bersamaan dengan 10 bekas penutup botol bagi pasir putih. Tujuannya adalah untuk memastikan biji benih tersebut tidak terlalu padat apabila ditanam pada batas. Kami kemudiannya diterangkan beberpa jenis beji benih sayur-sauran yang akan ditanam oleh kami serta cara untuk menyemai biji benih tersebut. Terdapat 3 jenis tanaman iaitu sawi pendek (pak choi), bayam hijau dan bayam merah. Setiap kumpulan perlu menanam 2 jenis sayuran pada batas kumpulan masing-masing.
|
Cara penanaman biji benih |
|
Biji benih yang perlu ditanam |
|
Sukatan bagi benih tanaman 1:10 |
|
Biji benih yang telah dicampur dengan pasir |
Waktu yang sesuai untuk proses menyemai biji benih adalah pada waktu yang tiada pencahayaan matahari yang kuat. Waktu yang sesuai untuk menyemai biji benih adalah pada waktu pagi antara jam 600 hingga 7.00 pagi atau petang. Benih-benih ini jika disemai pada waktu yang terlalu panas ia akan membantutkan pembesaran tanaman atau benih tersebut tidak menjadi.
Kami dikehendaki membuat empat alur untuk satu batas sayur yang akan ditanam.Ukuran jarak alur yang dibuat lebih kurang sejengkal dan ianya mengikut kesesuaian. Dua alur disediakan untuk setiap satu jenis benih sayur.
|
Proses pembuatan alur penanaman biji benih |
|
Alur tanaman benih yang telah siap dibuat
|
|
Proses menyemai biji benih pada alur yang telah dibuat dan tutup semula dengan tanah |
Setelah selesai menyemai benih, batas tersebut perlu ditutup dengan kain net hitam bagi melingdungi biji benih yang telah ditanam untuk mengelakkan daripada biji benih tersebut terlalu panas dan akan mati.
|
Batas yang telah disemai biji benih ditutup dengan kain net |
Comments
Post a Comment