AMALI MINGGU 4 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG

AMALI MINGGU 4 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ke-4 ini, Puan Salina mengajar kami cara membuat pembiakan secara keratan batang.


Pengenalan



  • Merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
  • Contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;


Senarai Peralatan






Medium Semaian



  • Medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
Fungsi Bahan Medium Adalah Seperti Berikut:

Tanah Loam (T) : Mengukuhkan Tumbuhan

Bahan Organik (O) : ialah najis haiwan seperti lembu, ayam, kambing atau daun-daun 
kering.

Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat:
  • mengekalkan kelembapan medium
  • membaiki struktur tanah dan saliran
  • mengurangkan kepadatan tanah
  • lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia.

Pasir Sungai (P) : Memastikan saliran dan pengudaraan yang baik.



Jenis Keratan Batang





Cara Memilih Pokok Yang Boleh Dibiakkan Melalui Keratan Batang.



  1. Pilih keratan batang yang sihat daripada pokok induk yang baik.
  2. Pilih keratan batang yang bebas daripada penyakit dan perosak.


Aktiviti Amali: 


a. Menyediakan medium semaian



  1. Sediakan alatan yang diperlukan untuk membuat medium semaian.
  2. sediakan bahan untuk campuran medium yang terdiri tanah loam dan bahan organik (peat moss).
  3. Tapis medium secara berasingan.
  4. Sukat bahan mengikut nisbah yang telah ditetapkan. Semaian disediakan mengikut nisbah berikut: 1  bahagian tanah loam dan 1 bahagian peat moss.
  5. Longgokkan medium yang disukat.
  6. Gaulkan medium tersebut sehingga rata.
  7. Sediakan beg politena.
  8. Masukkan 3/4 medium ke dalam setiap 5 beg politena .
  9. Ratakan permukaan medium.

















b. Menyediakan Keratan Batang



  1. Pilih dahan yang sihat dan yang berdiameter antara 1cm - 1.5cm
  2. Potong dahan tersebut sepanjang 10cm - 15 cm dengan sekateur.
  3. Potong bahagian pangkal secara serong.









c. Langkah Menyemai Keratan Batang



  1. Lembapkan bahagian pangkal keratan batan.
  2. Celupkan keratan batang ke dalam serbuk hormon pengakaran .
  3. Buat lubang pada medium dengan mencucuk di tengah-tengah medium menggunakan jari.
  4. Tanam keratan batang ke dalam lubang secara menyerong.
  5. Selepas siap menanam keratan batang. Siram medium.
  6. Letakkan bekas semaian di tempat yang teduh.







disediakan oleh: nur ain farhanna

Comments

Popular posts from this blog

AMALI MINGGU 5 : PERCAMBAHAN BIJI BENIH (8.10.18)

AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG) (27.10.18)