AMALI MINGGU 3 : EKSPERIMEN TANAH (24.9.18)
Assalamualaikum rakan-rakan blog 😊
Pada minggu ini kami membuat eksperimen berkaitan tanah pada lot yang diberikan kepada kami untuk menanam pokok di ladang. Jadilah kaya sekejap semester ini sebab ada tanah lot sendiri 😅. Untuk makluman semua, ini merupakan minggu kami yang ketiga dalam mempelajari subjek ini.
Pada minggu ini kami membuat 3 eksperimen berkaitan dengan tanah bertujuan untuk:
- Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
- Menentukan tekstur tanah melalui cara medan
- Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
Terlebih dahulu, kami diterangkan oleh Dr. Husna dan Puan Salina terlebih dahulu cara-cara untuk menjalankan eksperimen ini. Perkara yang perlu dibawa oleh kami semestinya sampel tanah daripada tanah lot yang diberikan kepada kami untuk membuat pengujian pada tanah tersebut. Tanah ini mestilah diambil beberapa hari awal untuk memastikan tanah yang diambil kering.
Eksperimen 1
Tajuk : Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan.
Bahan-dan alatan yang diperlukan :
Tanah |
Belalang gas |
Bikar |
Air |
Spatula |
Langkah-langkah :
1. Masukkan 40 gram hingga 50 gram tanah ke dalam balang gas.
2. Isikan 300 ml air ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh. Kacau perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah. Kumpulan kami menggunakan bikar bagi memudahkan tanah yang digunakan sebati dengan air yang dimasukkan.
3. Setelah sebati kami memasukkan ke dalam balang gas.
4. Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
5. Letakkan balang gas di atas meja selama 2 jam tanpa gangguan.
7. Hitungkan peratusan pisahan tanah.
8. Tentukan Kelas Tekstur Tanah dengan menggunakan tiga tekhstur tanah
Sistem Atterberg.
SISTEM ATTERBERG |
Keputusan :
Peratus pisahan dikira seperti berikut:
Batas 2
Ketinggian keseluruhan pisahan 21.8 mm
PISAHAN
|
KETINGGIAN (mm)
|
PERATUS (%)
|
Pasir
|
21
|
72.41
|
Kelodak
|
0.3
|
10.34
|
Tanah liat
|
0.5
|
17.24
|
Tekstur Tanah
|
Sandy Loam
|
Batas 5
Ketinggian keseluruhan pisahan 40 mm.
PISAHAN
|
KETINGGIAN (mm)
|
PERATUS (%)
|
Pasir
|
27
|
67.5
|
Kelodak
|
1
|
2.5
|
Tanah liat
|
12
|
30.0
|
Tekstur Tanah
|
Sandy Loam
|
Kesimpulan:
Tanah yang terdapat pada kedua-dua batas adalah jenis tanah yang sesuai untuk tanaman kerana boleh membekalkan keperluan bagi biji benih untuk hidup.
Eksperimen 2
Tajuk : Menentukan tekstur tanah melalui cara medan.
Bahan-dan alatan yang diperlukan :
Tanah
|
Belalang gas
|
Bikar
|
Air
|
Penimbang
|
Langkah-langkah :
1. Ambil 20 gram sampel tanah (atau cukup untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 - 3 cm)
2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
3. Bentukkan tanah tersebut menjadi bebola, reben, rod atau gelang.
Keputusan :
Batas 2
Pemerhatian
|
Keputusan
|
Rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
| |
Bebola boleh dibentuk (pasir berloam)
|
√
|
Rod boleh dibentuk (tanah loam)
|
√
|
Rod membentuk U tetapi tidak boleh membentuk gelang (loam tanah liat)
| |
Gelang yang retak-relak (tanah liat berpasir).
|
√
|
Gelang boleh dibentuk (tanah liat)
|
Batas 5
Pemerhatian
|
Keputusan
|
Rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
| |
Bebola boleh dibentuk (pasir berloam)
|
√
|
Rod boleh dibentuk (tanah loam)
| |
Rod membentuk U tetapi tidak boleh membentuk gelang (loam tanah liat)
|
√
|
Gelang yang retak-relak (tanah liat berpasir).
| |
Gelang boleh dibentuk (tanah liat)
|
√
|
Kesimpulan:
Tanah yang terdapat pada batas 2 adalah jenis tanah loam Manakala tanah pada batas 5 adalah tanah pasir berloam dan tanah liat. Keseluruhannya, tanah pada batas 2 merupakan tanah yang seimbang sesuai untuk keperluan tanaman untuk terus hidup, manakala tanah pada batas 5 tanah yang kurang sesuai untuk tanaman.
Eksperimen 3
Tajuk : Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.
Bahan-dan alatan yang diperlukan :
Tanah
|
Air suling
|
Gentian kaca
|
Bikar
|
pH meter digital
|
pH analog
|
1. Keringkan sampel-sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sample tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.
2. Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalah rajah. Langkah Keselamatan: Awas, jangan ambil gentian kaca dengan jari!
3. Sukat tiga sampel 50 ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml.
4. Dalam masa yang sama, tuangkan 50 ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 10 minit.
5. Kiran pH bagi kedua-dua pH analog dan digital.
5. Catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual yang berikut :
Keputusan bagi semua batas :
BATAS
|
ISIPADU AIR (ml) SELEPAS 1 MIN
|
pH (Air)
|
pH (Tanah)
|
1
|
30
|
6.41
|
6.0
|
2
|
38
|
5.97
|
4.9
|
3
|
40
|
5.85
|
5.1
|
4
|
35
|
6.10
|
4.2
|
5
|
25
|
6.06
|
4.9
|
6
|
35
|
6.14
|
4.9
|
7
|
30
|
5.70
|
4.9
|
8
|
30
|
5.50
|
6.4
|
9
|
40
|
6.60
|
6.2
|
10
|
39
|
6.44
|
5.9
|
11
|
40
|
6.18
|
6.1
|
Pemerhatian :
- Air pada tanah batas 11 mengalir dengan yang laju sebelum satu minit dan selepas satu minit air kembali perlahan. Isipada air yang diperoleh adalah 40 ml.
- PH meter batas 11 adalah 6.18 (monolog) dan 6.1 (analog). PH meter adalah seimbang tidak terlalu berasid dan beralkali.
- Air pada tanah batas 5 turun dengan perlahan semasa ujian sedang dijalankan dalam masa 5 minit.
- Kadar pengaliran air perlahan dan isipadu air hanya 25 ml sahaja.
- PH meter batas 5 adalah 6.06 (monolog) dan 4.9 (analog). PH meter tanah dalam keadaan berasid.
- Keputusan bagi kesemua ujian tanah adalah seimbang.
Kesimpulan :
Semua batas-batas adalah dalam keadaan yang seimbang.
Comments
Post a Comment