AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG) (27.10.18)
Aktiviti Amali : Bahagian Tumbuhan Termodikasi “ Bebawang” Mari kita lihat pula bagaimana cara untuk penanaman bebawang. Pengenalan : Pembiakan vegetatif adalah sejenis pembiakan aseks bagi tumbuhan. Melalui proses ini, tumbuhan dapat berkembang biak tanpa memerlukan biji benih atau spora . Genetik anak adalah sama dengan induknya . Contoh pembiakan vegetatif ialah seperti: · batang rayap · bebawang · umbisi · rizom · tuber · sulur Struktur vegetatif tersebut adalah batang tumbuhan yang telah diubahsuai untuk berfungsi sebagai organ pembiakan. B ebawang ialah salah satu contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil. Tunas aksil akan membentuk bebawang yang baru. Contoh