AMALI MINGGU 5 : PERCAMBAHAN BIJI BENIH (8.10.18)

Assalamualaikum, Hai 😍

Bertemu kembali kita pada minggu ke 5 ini. Pada minggu 5, kami telah belajar mengenai percambahan biji benih. Sebelum itu, anda semua tahu apakah itu percambahan dan apakah pula biji benih?

Apa yang terdapat dalam biji benih? 

Berapa jenis percambahan yang terlibat?

💌 Haa. Jom kita baca sambung baca sedikit sebanyak tentang percambahan biji benih 💌

Apa itu percambahan?
Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih dan percambahan akan berlaku apabila biji benih mula tumbuh.

Apa pula biji benih?
Biji benih ialah unit pembiakan tumbuhan berbunga yang mampu tumbuh dan berkembang menjadi tanaman yang baru.

Apa yang terdapat dalam biji benih? 
Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Biji benih mengandungi tiga bahagian iaitu testa, kotiledon dan embrio. Dalam biji benih terdapat embrio yang berkembang. Di samping itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil testa (kulit biji benih).

Makanan disimpan dalam kotiledon. Bagi sesetengah tumbuhan hanya mempunyai 1 kotiledon sahaja, seperti jagung. Namun, terdapat juga tumbuhan yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau. Bahagian-bahagian yang terdapat pada biiji benih monokotiledon:
Struktur dalam dan luar biji benih

Perbezaan antara biji benih tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon:


Apa itu kedormanan?
Keadaan apabila biji benih tidak bercambah dalam keadaan biasa. Ia merupakan satu mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor persekitaran yang unik untuk sesuatu habitat. Kedormanan berlaku disebabkan kulit biji benih terlalu keras dan tebal. selain itu embrio belum cukup membesar dan mekanisma kawalan dalam biji benih.

Apakah sebab-sebab kedormanan? 
  1. Kulit biji benih terlalu keras dan tebal. 
  2. Embrio belum cukup membesar. 
  3. Mekanisma kawalan dalam biji benih.
Bagaimana cara untuk mengatasi kedormanan?
  1. Mengikis kulit luar 
  2. Merendam dalam air 
  3. Melembabkan biji benih pada suhu yang rendah
Dua Jenis Percambahan
1. Percambahan Epigeal
  • Dalam percambahan epigeal, kotiledon ditolak ke atas tanah.
  • Hipokotil akan memanjang, membengkok dan terus menarik serta melepaskan kotiledon yang melindungi plumul ke bahagian atas permukaan tanah.
  • Kotiledon terbuka untuk mendedahkan plumul yang seterusnya tumbuh membesar menjadi bahagian pucuk.
  • Kotiledon mampu melakukan fotosintesis pada peringkat awal untuk digunakan dalam pertumbuhan bahagian pucuk.
  • Akhirnya kotiledon akan mengecut dan gugur.

2. Percambahan Hipogeal
  • Dalam percambahan hipogeal, kotiledon kekal di dalam tanah.
  • Bahagian hipokotil tidak memanjang sebaliknya bahagian epikotil yang memanjang dan menembusi tanah dan membawa bahagian plumul ke atas permukaan tanah.
  • Bagaimanapun terdapat beberapa jenis monocot jenis epikotil tidak memanjang.
  • Dalam kebanyakan jenis hypogeal, bahagian kotiledon tetap berada di bawah permukaan tanah.
  • Koleoptil ialah selaput sementara untuk melindungi bahagian plumal semasa menembusi permukaan tanah.
  • Banyak terdapat dalam biji benih monokotiledon dan sebilangan dari jenis dikotiledon.

Laporan Eksperimen Percambahan Biji Benih

EKSPERIMEN 1: MENENTUKAN KEPERLUAN BIJI BENIH 

Objektif : Untuk menentukan keperluan percambahan sesebuah biji benih mengikut kepentingannya. 

Bahan dan Alatan :

Item
Gambar
Piring petri/bekas plastic
- 8 unit bekas plastik yang diperlukan






Kapas
- Secukupnya untuk diletakkan ke dalam  8 unit bekas plastic


Biji benih kacang merah
- 80 biji benih kacang merah diperlukan


Air didih yang telah 
disejukkan
- Digunakan untuk direnjis pada kapas








Air paip
- Digunakan untuk direnjis pada kapas




Langkah-langkah: 

No.
Langkah-langkah
Gambar
1.
Sediakan set radas.

 

2.
Masukkan 10 biji benih bagi setiap bekas plastik yang disediakan.

 
3.
Siramkan bagi setiap bekas plastik yang telah diletakkan biji benih kecuali bekas plastik B2.






4.
Perhatikan percambahan biji benih setiap hari dan catatkan keputusan selepas 3 hari.



Keadaan Percambahan Biji Benih
i) Set Pertama
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletakkan diatas meja dan dilembabkan dengan menggunakan air paip. Biji benih ini perlu disiram pada setiap hari.


Air
B1
Dilembapkan dengan air seperti biasa. Set percambahan biji benih ini akan diletakkan di dalam atas meja rak kedua. Biji benih ini perlu disiram pada setiap hari.


Oksigen
C1
Dilembapkan di dalam air yang telah dididihkan dan dibiarkan sejuk. Diletakkan di atas meja. Biji benih ini perlu disiram pada setiap hari.


Suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan. Lembapkan kapas dan biji benih dengan air paip. Biji benih tidak perlu disiram.

 


Catatan:
1Semua bekas biji benih akan diletak di atas meja kecuali untuk bekas biji benih D1 diletakkan di dalam peti ais.
2. Untuk semua bekas perlu disiram kecuali D1 tidak perlu disiram.

ii) Set Kedua
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan. Lembapkan kapas dengan menggunakan air paip. Bekas akan diletakkan di dalam laci meja. Biji benih ini perlu disiram pada setiap   hari.


Air
B2
Dibiarkan kering selepas dilembapkan. Lembapkan kapas dengan menggunakan air paip. Letakkan bekas di atas meja dan set biji benih ini tidak perlu disiram.


Oksigen
C2



Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja. Lembapkan kapas dan biji benih dengan air paip. Biji benih ini perlu disiram pada setiap hari.


Suhu
D2
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan dengan menggunakan air paip. Biji benih ini perlu disiram pada setiap hari.



Catatan:
1. Semua bekas biji benih akan diletak di atas meja kecuali untuk bekas biji benih A2 diletakkan di dalam laci meja.
2. Untuk semua bekas perlu disiram kecuali B2 tidak perlu disiram.

Keputusan:

Bilangan biji benih yang bercambah
Set 1
Set 2
A1
3
 
A2
10

B1
2

B2
0

C1
6

C2
7
D1
0
D2
3


Analisis: 
1.      Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
- Air dalam radas C1 dididihkan untuk membunuh microorganisma dan klorin yang terdapat dalam air supaya tidak menghalang percambahan biji benih.

2.      Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?
- Antara faktor-faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah adalah seperti tidak mendapat keperluan oksigen yang secukupnya, suhu yang tidak bersesuaian serta tidak mendapat keperluan air bagi percambahan biji benih.

3.      Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini?
- Kesimpulannya, keperluan percambahan seperti air, oksigen dan suhu amat diperlukan bagi percambahan biji benih manakala cahaya kurang diperlukan bagi proses ini. Jika salah satu daripada keperluan air, oksigen dan suhu tidak mencukupi, maka percambahan biji benih tidak akan berlaku.

4.      Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2.
            Biji benih yang bercambah pada bekas C2:
7    x 100%     = 70%
10

Kesimpulan: 

Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, setiap percambahan biji benih memerlukan makanan tersendiri seperti kadar air yang disiram mencukupi,oksigen yang diperlukan mencukupi. Selain itu, suhu persekitaran juga memainkan peranan untuk percambahan biji benih. Oleh itu,  Biji benih harus diletakkan pada yang sesuai seperti suhu bilik. 

EKSPERIMEN 2: MENGKAJI KEADAAN YANG DIPERLUKAN BAGI PERCAMBAHAN    BIJI BENIH.  

Objektif : Untuk mengkaji keperluan yang diperlukan bagi percambahan biji benih mengikut
keadaan tertentu. 

Bahan dan Alatan:
Item
Gambar
Tabung uji dan rak
5 unit tabung uji yang diperlukan




Kapas
Secukupnya untuk diletakkan ke dalam 4 unit tabung uji






Biji benih kacang merah
15 biji benih kacang merah diperlukan



Air didih yang telah disejukkan
Digunakan untuk direnjis pada kapas




Air paip
Digunakan untuk direnjis pada kapas

Minyak masak
Untuk diletakkan pada satu lapisan tabung uji







Langkah-langkah: 

 


No.
Langkah-langkah
Gambar
1.
Labelkan bagi setiap tabung uji yang hendak digunakan.
2.
Tabung uji A, B, C diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.

 

3.
Biji benih diperhatikan selepas lima hari dan akan dibuat perekodan terhadap keputusan yang diperolehi.
  


 Keadaan Percambahan Biji Benih



Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Air, udara dan suhu
A
Kapal basah dan 3 biji benih. Kapas dilembapkan dengan menggunakan air paip. Radas biji benih diletakkan di atas meja. Pastikan biji benih disiram.




Air
B
Kapas kering dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja. Biji benih radas B tidak perlu disiram.
Udara
C
Radas C tidak perlu diletakkan kapas. Masukkan separuh air yang telah didihkan, 3 biji benih dan lapisan minyak ke dalam tabung uji. Radas diletakkan di atas meja.


Suhu
D
Kapal basah dan 3 biji benih. Kapas dilembapkan dengan menggunakan air paip. Radas akan disimpan dalam peti sejuk.
 

Cahaya
E
Kapal basah dan 3 biji benih. Kapas dilembapkan menggunakan air paip. Radas akan disimpan di tempat gelap.


Keputusan:


Tabung uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah/tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
Bercambah (3)

B

Bercambah (0)

 


C

Tidak bercambah (0)




D



Tidak bercambah (0)

E

Bercambah (2)





Analisis:
1. Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah. 
- Ketidakhadiran keadaan yang tidak mempunyai air, suhu yang tidak bersesuaian serta tidak mempunyai udara akan menyebabkan biji benih tidak bercambah. 

2.  Apakah pemboleh ubah: 
a) Dimanipulasikan : Keadaan yang berbeza bagi setiap tabung uji biji benih
 b)  Dimalarkan      Kuantiti biji benih yang diletakkan bagi setiap tabung uji. c)  Bergerak balas  : Keadaan biji benih selepas 10 hari. 

3.  Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih? 
- Keadaan yang diperlukan ialah biji benih mencukupi air yang secukupnya, suhu yang bersesuaian serta udara yang baik. 

4. Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan? 
- Tabung uji A

 5.  Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C? 
- Minyak digunakan untuk menguji keperluan udara terhadap tabung uji tersebut. Ini disebabkan oleh minyak yang diletakkan itu akan menghalang udara daripada memasuki tabung uji tersebut. 

6.  Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih)? 
- Antara bahan yang tidak ditemui dalam air masak ialah klorin. 

7.  Apakah yang berlaku pada tabung uji E. Terangkan jawapan anda. 
- Keadaan tabung uji E berkulat. Ini kerana, biji benih tersebut tidak mendapat keperluan cahaya disebabkan oleh penyimpanan tabung uji di tempat yang gelap. 
  
Kesimpulan
 
Kesimpulannya, keadaan tabung uji A, B dan E bercambah kerana mendapat keadaan yang baik bagi percambahan biji benih. Tabung uji C dan D tidak bercambah kerana tidak mendapat keadaan yang tidak baik seperti keadaan yang mempunyai suhu sejuk dan tidak mempunyai udara. Keadaan percambahan juga amat penting bagi percambahan biji benih berlaku. Keadaan yang paling baik ialah keadaan yang mencukupi bagi keempat-empat keperluan percambahan biji benih.



EKSPERIMEN 3: PERCAMBAHAN EPIGEAL DAN HIPOGEAL 

Objektif : Untuk mengkaji perbezaan antara percambahan epigeal dan hipogeal.  

Bahan dan Alatan:


Item
Gambar
Bekas plastik

Peat moss

Biji benih kacang dan jagung





Langkah-langkah:


No
Langkah-langkah
Gambar
1.
Masukkan 60 ml peat moss ke dalam 2 bikar. Tandakan A untuk benih kacang dan B bagi benih jagung.


2.
Semaikan 2 biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B



3.
Renjiskan biji benih dengan air setiap hari.



4.
Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.














































 
Keputusan:

Hari
Kacang Tanah
Jagung
Panjang radikal
(akar)
Panjang plumul
(pucuk)
Panjang
(cm)
Panjang plumul (cm)
1
0.5
0.1
0.2
0.2
2
2.5
0.2
0.7
0.5
3
3.3
0.3
1.5
0.7
4
4.5
0.5
2.2
0.9
5
5.8
0.8
2.7
1.2
6
6.4
1.4
3.5
1.5
7
7.8
1.5
4.8
1.7
8
8.9
1.7
5.7
2.0
9
9.4
1.9
6.5
2.3
10
10.0
2.0
7.0
2.5


 












Analisis:
1.      Apakah yang dimaksudkan embrio.
 - Dalam ilmu botani, embrio bagi tumbuhan berbenih ialah sebahagian benihnya yang terdiri daripada tisu-tisu pendahulu untuk daun, batang (lihat hipokotil), dan akar (lihat radikel). Apabila embrio ini mula bercambah, iaitu tumbuh keluar dari benih, ia dipanggil kecambah. Terdapat juga tumbuhan yang tidak berbenih tetapi tetap menghasilkan embrio, seperti briofit dan paku-pakis. Bagi tumbuh-tumbuhan sedemikian, embrio merupakan anak tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan tertempel pada gametofit induk.

Comments

  1. cikgu apa punca menyebabkan kotiledon mengecut apabila proses percambahan

    ReplyDelete
  2. Apa fungsi kapas lembap dalam eksperimen nii

    ReplyDelete
  3. Ukuran keputusan bagi kacang tanah itu dalam mm atau cm?

    ReplyDelete
  4. Cikgu apa contoh 2 tumbuhan bagi percambahan epigeal dan hipogeal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG) (27.10.18)

AMALI MINGGU 4 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG