AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (CANTUMAN BAJI) (27.10.18)

Aktiviti Amali : Cantuman Baji ( Cantuman appolo)

Minggu ini kita belajar 2 tajuk berkaitan dengan cantuman baji dan juga bahagian tumbuhan yang termodikasi iaitu bebawang.

Pengenalan:

Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain menggunakan kaedah ini.

Sion diambil dari pokok induk kemudian disatukan dengan pokok penanti (stok) yang telah dibuat belahan berbentuk v.

Lihat gambar rajah dibawah dimana menunjukkan bagaimana proses cantuman baji.

Peralatan

Plastik aiskrim


Parafilm


Pisau Lipat



Sekatur
Tali rapia


Langkah-langkah

1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok penanti. (Pokok induk kepada pokok penanti )
2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
3. Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2-3 cm panjang.
4. pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji.
5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.
6. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm
7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu.  Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.







Peringatan:

Setelah 2-3 minggu, periksa cantuman dan sekiranyan sion berwarna hijau, cantuman adalah berjaya.
Jika sion kering, cantuman adalah gagal.

Comments

Popular posts from this blog

AMALI MINGGU 5 : PERCAMBAHAN BIJI BENIH (8.10.18)

AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG) (27.10.18)

AMALI MINGGU 4 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG