AMALI MINGGU 7 : PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG) (27.10.18)

Aktiviti Amali  : Bahagian Tumbuhan Termodikasi “ Bebawang”

Mari kita lihat pula bagaimana cara untuk penanaman bebawang.

Pengenalan : 
Pembiakan vegetatif adalah sejenis pembiakan aseks bagi tumbuhan. Melalui proses ini, tumbuhan dapat berkembang biak tanpa memerlukan biji benih atau spora. Genetik anak adalah sama dengan induknya.
Contoh pembiakan vegetatif ialah seperti:
· batang rayap
· bebawang        
· umbisi
· rizom
· tuber
· sulur

Struktur vegetatif tersebut adalah batang tumbuhan yang telah diubahsuai untuk berfungsi sebagai organ pembiakan.


Bebawang ialah salah satu contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan.
Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil.
Tunas aksil akan membentuk bebawang yang baru.
Contoh tumbuhan yang membiak secara bebawang ialah:
· bawang
· pokok tulip     
· bunga seri pagi
· Pokok bakong ( Spider Lily)

Cara penanaman hampir sama dengan rizom dan umbisi kerana dibahagikan kepada beberapa bahagian sebelum ditanam akan tetapi pemerhatian terhadap bebawang perlulah dititikberatkan.

Contoh tumbuhan seperti pokok bakong (Spider Lily) boleh dibahagikan mengikut kesesuaian dengan memastikan setiap bahagian bawang yang dipotong untuk ditanam mempunyai bahagian tunas bahagian tengah bawang dan bahagian akar di bahagian bawah bawang.

Cara penanaman:
   
i.  Sediakan bebawang 



ii.  Potong bebawang pada beberapa bahagian
                                       




iii. Kemudian isikan tanah ke dalam bekas medium.





iv. Tanam terus kedalam medium dalam keadaan separuh bahagian berada didalam tanah







v. Akhir sekali siram pokok tersebut. Setelah 2-3 minggu, periksa bebawang sama ada mengeluarkan pucuk baru atau tidak. Jika bebawang mengeluarkan pucuk baru maka ia berjaya.







Comments

  1. Bab pembiakan aseks tema pembiakan vegetatif....mcmmna kita nk menyelesaikan masalah itu?????

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AMALI MINGGU 5 : PERCAMBAHAN BIJI BENIH (8.10.18)

AMALI MINGGU 4 : PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG