AMALI MINGGU 1 : PEMBERSIHAN BATAS (10.9.18)
✿Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.✿
Sebelum saya nak mengorak dengan lebih jauh, saya nak memperkenalkan ahli kumpulan yang terdiri daripada saya Nurdini Binti Ahmad Nasir, Nurfatin Shakirah Binti Mohd Zaini, Noor Aqilah Binti Fadhil dan Nur Ain Farhana Binti Zulkifli.
Kami merupakan gabungan daripada kumpulan dua dan kumpulan lima akan bekerjasama
dalam menjayakan penulisan blog ini dibawah subjek Asas Pengurusan dan Pembiakan Tanaman. Tujuan dalam penulisan blog ini adalah untuk melaporkan aktiviti mingguan yang
dijalankan semasa di dalam kelas amali. Moga anda semua seronok dan mendapat manfaaf apabila membaca blog ini. 😊
Pada
minggu ini, kami telah melakukan aktiviti pembersihan dan pengukuran
tapak tanah serta menggemburkan tanah di kawasan kumpulan masing-masing.
Saiz tapak tanah yang diberikan ialah 10x5 kaki. Jarak diantara setiap
kumpulan pula ialah 2 kaki. Aktiviti pengukuran ini juga perlu dilakukan
dengan teliti dan kemas agar tidak berlakunya ketidaksamaan saiz tapak
tanah. Alatan yang digunakan ialah pita pengukur dan tali. Berikut
merupakan gambaran yang dilakukan semasa aktiviti ini.
Mengukur saiz tapak tanah |
Selepas
siap mengukur dan membersihkan kawasan tapak tanah kumpulan
masing-masing, kami perlu menggemburkan tanah di kawasan tersebut.
Menggembur bermaksud menghancurkan tanah supaya menjadi ketulan kecil
dan sesuai untuk percambahan biji benih.Tujuan penggemburan tanah
dilakukan ialah memperbaiki pengudaraan tanah, saliran dan membuang
akar-akar rumpai. Kerja menggembur tanah dilakukan dengan menggunakan
cangkul atau mesin penggembur tanah. Tanah seelok-eloknya digembur
sedalam satu kaki.
Menggembur tanah menggunakan cangkul |
Menggembur tanah menggunakan mesin gembur tanah |
Hasil menggembur tanah |
Mengukur kesuburan tanah |
Di samping itu, saya juga nak berkongsi sedikit video mengenai cara menggembur tanah menggunakan mesin penggembur tanah.
Comments
Post a Comment