AMALI MINGGU 11 : PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN (FOTOSINTESIS) (26.11.18)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog π.
Pada minggu ini, kami akan kongsikan berkaitan proses fisiologi tumbuhan. Pasti ramai yang tertanya-tanyakan apa itu proses fisiologi tumbuhan, betul tak?
Jadi teruskan bersama kami untuk mendapatkan lebih maklumat berkaitan topik ini π.
Apa itu Fisiologi Tumbuhan?
πFisiologi tumbuhan adalah salah satu dari cabang
biologi yang mempelajari tentang proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh
tumbuhan yang menyebabkan tumbuhan tersebut dapat hidup.
πDengan mempelajari fisiologi tumbuhan, ia dapat
difahami bagaimana cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menghasilkan
karbohidrat daripada bahan mentah bukan organik dalam bentuk air dan karbon
dioksida.
πDalam
proses fisiologi tumbuhan terdapat 5 proses lain iaitu :
1. Transpirasi2. Fotosintesis
3. Translokasi
4. Respirasi
5. Penyerapan.
Apa itu Fotosintesis?
πProses
penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia yang disimpan
dalam makanan yang dihasilkan. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan
karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan
hidrogen.
πKlorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada
makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis. Klorofil
yang berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas. Klorofil
digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobacteria.
πOksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan,
sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindak balas dengan CO2, dan
karbohidrat untukmenghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis.
πProses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung
hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan herbivor yang akan
menjadi makanan kepadahaiwan karnivor atau haiwan omnivor yang lain.
πPersamaan Fotosintesis:
6CO2
(karbon dioksida) + 6H2O (air)
C6H12O6
(glukosa) + 6O2 ( oksigen)
(dengan kehadiran cahaya matahari)
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi fotosintesis?
1. Cahaya matahari
2. Air
3. Klorofil
4. Karbon dioksida
Apakah kepentingan fotosintesis?
1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma.
2. Menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera.
3. Membolehkan tumbuhan hijau membuat makanan sendiri.
4. Mengawal dan mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara.
5. Membekalkan makanan kepada haiwan.
6. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.
EKSPERIMEN : MENGUJI KEHADIRAN KANJI DALAM TUMBUHAN/DEDAUN HIJAU
Analisis kajian
1. Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api?
Laporan Eksperimen Proses Fisiologi Tumbuhan (Fotosintesis)
EKSPERIMEN : MENGUJI KEHADIRAN KANJI DALAM TUMBUHAN/DEDAUN HIJAU
Tujuan : Untuk menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan/dedaun
hijau.
Alatan yang diperlukan :
Bahan yang diperlukan :
Langkah-langkah :
1. Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
3. Ambil satu tabung uji dan tuliskan nama pada tabung uji tersebut.
Item
|
Gambar
|
Tabung
uji
- Untuk
meletakkan daun dan alkohol (etanol) untuk eksperimen.
|
|
Pemegang
tabung uji
- Untuk
meletakkan tabung uji yang telah diletakkan alkohol (etanol) dan untuk memegang tabung uji semasa
direbus.
|
|
Piring
petri
- Untuk
meletakkan daun dan iodin setelah daun direbus.
|
|
Bikar
500 ml
- Untuk
meletakkan alkohol (etanol).
|
|
Penitis
- Untuk
menitiskan iodin ke atas daun yang telah direbus.
|
|
Bekas
air mendidih
- Untuk
mendidihkan air.
|
|
Forsep
- Untuk
memegang daun yang telah direndam dan
memasukkan atau mengeluarkan daun dari tabung uji.
|
|
Pisau
dan papan pemotong
- Untuk
memotong daun mengikut saiz yang diperlukan.
|
|
Alat
penyukat suhu
- Untuk
menyukat suhu pada air yang telah didihsehingga mencapai 100⁰C.
|
Bahan yang diperlukan :
Item
|
Gambar
|
Daun
hijau
- Untuk
mengeluarkan klorofil bagi membantu membuat makanan sendiri.
|
|
Alkohol
(Ethanol)
- Untuk
mengeluarkan klorofil pada pigmen daun.
|
|
Iodin
- Untuk
mengeluarkan klorofil pada daun.
|
|
Air
mendidih
- Untuk
melembutkan daun.
|
Langkah-langkah :
1. Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
2. Potong
daun yang diambil mengikut saiz yang sesuai.
3. Ambil satu tabung uji dan tuliskan nama pada tabung uji tersebut.
4. Masukkan
alcohol (ethanol) sebanyak 3 cm ke dalam tabung uji. Letakkan pada rak tabung
uji semula.
5. Ambil
daun yang telah dipotong, dan masukkan ke dalam air mendidih pada suhu 100⁰C
selama 1 minit.
6. Setelah 1 minit, keluarkan daun tersebut dari air mendidih dan masukkan ke dalam tabung uji yang mempunyai alcohol (ethanol) menggunakan forsep.
7. Kemudian
rendamkan tabung uji yang mempunyai daun yang direndam dengan alcohol (ethanol)
ke dalam bekas air yang mendidih selama 5 minit pada suhu 100⁰C.
8. Setelah
5 minit, angkat tabung uji tersebut. Perhatikan warna pada alcohol (ethanol)
yang terdapat dalam tabung uji. Ethanol melarutkan klorofil tetapi tidak
melarutkan kanji.
9. Keluarkan
daun tersebut, dan rendam daun ke dalam air
panas selama 1 minit pada suhu 100⁰C. Tujuannya adalah untuk melembutkannya
semula.
10. Setelah
1 minit, keluarkan daun yang telah direndam ke dalam air panas dan letakkan
daun ke dalam piring petri.
11. Letakkan
piring pertri atas jubin putih atau permukaan yang putih. Kemudian titiskan
iodin ke atas daun yang telah diangkat tadi untuk mengesan kahadiran kanji.
12. Pemerhatian
direkodkan.
Pemerhatian
PEMERHATIAN
|
GAMBAR
|
a) Warna
asal iodin.
- Iodin pada asalnya berwarna kuning keperangan
.
|
|
b) Warna
daun sebelum ujikaji.
- Warna daun pada sebelum uji kaji
adalah hijau.
|
|
c) Warna
alkohol (ethanol) yang terhasil setelah direndam dan didihkan selama 5 minit
pada suhu 100⁰C.
- Warna alkohol yang terhasil adalah
hijau kekuningan.
|
|
d) Warna
daun setelah diletakkan iodin.
- Warna daun setelah diletakkan
iodin adalah warna biru tua/ gelap terhasil pada bahagian tepi daun.
|
Keputusan
GAMBAR
|
KEPUTUSAN
|
Keputusan yang dapat dibuat daripada
hasil eksperimen yang dijalankan adalah warna biru tua/gelap terhasil pada
bahagian tepi daun setelah dititiskan dengan iodin dan dibiarkan seketika.
Jenis daun yang digunakan akan mempengaruhi keputusan yang akan terhasil
kerana ketebalan bagi setiap daun adalah berbeza, jadi ia akan menghasilkan
keputusan yang berbeza. Jika daun yang lembut digunakan, keputusan yang
terhasil adalah lebih cepat. Proses fotosintesis bagi setiap tumbuhan juga
berbeza
|
Analisis kajian
1. Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api?
- - Larutan
alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api kerana sifatnya berwap dan meletup apabila dikenakan pada api.
2. Apakah
kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan?
- Kepentingan
proses fotosintesis pada tumbuhan adalah untuk membuat makanan dan membekalkan
makanan kepada semua organisma.
3. Apakah
tujuan :
i) Merebus daun : Untuk melembutkan daun
ii) Mendidihkan daun dalam alkohol : Untuk mengeluarkan klorofil.
i) Merebus daun : Untuk melembutkan daun
ii) Mendidihkan daun dalam alkohol : Untuk mengeluarkan klorofil.
4. Nyatakan
faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis.
i) Cahaya matahari
i) Cahaya matahari
- Cahaya
matahari merupakan sumber tenaga yang sangat dperlukan dalam proses fotosintesis. Cahaya matahari dimanfaatkan oleh tumbuhan untuk mengubah air H2O
dan karbon dioksida (CO2)
menjadi glukosa.
ii) Klorofil
- Klorofil merupakan pigmen utama menyerap cahaya dalam
fotosintesis. Struktur klorofil sama dengan struktur haemoglobin.
iii) Air
- Air
mempunyai peranan yang sangat penting dalam fotosintesis. Hal ini kerana air adalah
salah satu bahan mentah untuk fotosintesis. Kewujudan air juga mempengaruhi prestasi stomata. Apabila tumbuhan kekurangan air, stomata akan menutup
sehingga karbon dioksida tidak dapat masuk. Proses fotosintesis tidak dapat dilakukan jika air dan karbon dioksida tiada.
iv) Karbon
Dioksida
- Karbon
dioksida adalah substrat yang diperlukan untuk menjalankan fotosintesis.CO2
diperolehi dari atmosfera, di mana semakin tinggi kepekatan CO2 di udara, lebih banyak bahan yang digunakan dalam fotosintesis
5. Tuliskan
persamaan fotosintesis.
6CO2 (karbon dioksida) + 6H2O
(air) C6H12O6
(glukosa) + 6O2 ( oksigen)
(dengan kehadiran cahaya matahari)
6. Apakah
klorofil. Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan?
- Klorofil
adalah adalah pigmen (pewarna) hijau
yang dapat memerangkap cahaya matahari. Kegunaan klorofil adalah untuk menyerap
cahaya matahari kerana apabia terdapat cahaya matahari tumbuhan boleh membuat
makanan. Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada
makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis.
7. Terangkan
nilai tumbuhan kepada manusia.
- Nilai
tumbuhan kepada manusia ialah tumbuhan merupakan sumber makanan kepada manusia
dan ia juga merupakan sumber oksigen kepda manusia.
Keputusan
Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses fotosentisis. Antaranya cahaya matahari, air, karbon dioksida dan klorofil. Jika salah satu faktor tidak dapat dalam proses ini, maka proses fotosentisis tidak akan berlaku dalam daun hijau tersebut. Kanji hadir dalam daun yang telah didedahkan kepada cahaya dan sekaligus membuktikan proses fotosintesis berlaku. Bahagian daun yang mengandungi kanji akan menukarkan larutan iodin daripada warna perang kepada biru tua. Daun didihkan untuk membunuh sel dan mengeluarkan klorofil. Jenis daun yang digunakan akan mempengaruhi keputusan yang akan terhasil dari aksperimen yang dilakukan kerana ketebalan bagi setiap daun adalah berbeza, jadi ia akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Jika daun yang lembut digunakan, keputusan yang terhasil adalah lebih cepat. Proses fotosintesis bagi setiap tumbuhan juga berbeza.
Sekian, setakat ini sahaja entri pada minggu ini. Untuk mengetahui amali seterusnya, stay tune okay π.
Sekian, setakat ini sahaja entri pada minggu ini. Untuk mengetahui amali seterusnya, stay tune okay π.
Hard Rock Hotel & Casino Philadelphia - MapyRO
ReplyDeleteFree λꡬκ΄μ μΆμ₯μλ§ live traffic updates and κ²½μλΆλ μΆμ₯μλ§ road conditions – from Maryland to μμ μΆμ₯μ΅ Washington, Maryland. Hard μμΈνΉλ³ μΆμ₯μ΅ Rock Hotel & μ΄μ² μΆμ₯λ§μ¬μ§ Casino Philadelphia. 777 Casino Drive, Philadelphia, PA 19443.