AMALI MINGGU 8 : PENUAIAN HASIL TANAMANAN SAYUR & PENANAMAN BIJI BENIH JAGUNG (29.10.18)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua :-)
Hari ini saya akan berkongsi aktiviti kami pada minggu ke 8. Pada minggu ini kami di kehendaki untuk menuai hasil tanaman sayur dan penanaman biji benih jagung.
Menuai sayuran merupakan satu aktiviti terpenting pada diperingkat akhir penanaman sayur diladang.Adalah menjadi kerugian setelah menanam sayur untuk jangka masa beberapa minggu atau bulan tetapi hasil dituai dibiarkan begitu sahaja atau tidak mengendalikan dengan cara yang betul.
Terdapat 3 jenis sayur yang dituai iaitu sayur bayam hijau,bayam merah dan pakchoy. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah sayur-sayuran tersebut hendaklah dipetik terlebih dahulu.
Gambar menunjukkan sayur yang hendak dipetik
Sayur yang dipetik mestilah dikumpulan di tempat yang redup dan sekiranya tidak melakukan dengan kadar yang segera, sayuran yang terdedah dengan panas matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu.Selepas sayuran tersebut dipetik, sayur-sayur tersebut hendak lah dibasuh terlebih dahulu.
Sebahagian pelajar SPPH bergotong royong membersihkan sayur.
Sebaik sahaja sayuran dibasuh, sayuran tersebut terus dikumpulkan dan ditimbang dengan cara manual. Sayuran tersebut di timbang mengikut berat yang telah ditentukan.
Aktiviti menimbang berat sayur untuk di bungkuskan.
Selepas di timbang, sayuran tersebut di bungkuskan. Dengan menggunakan pek pembungkusan yang cantik dan kemas akan menyebabkan menarik minat pembeli untuk membeli.
Sayuran yang siap di bungkus dan siap untuk dijual
Pembungkusan yang cantik dan kemas.
Setelah siap pembungkusan, sayuran siap untuk dijual kepada pembeli.
Setelah aktiviti menuai hasil tanaman sayur selesai. Kami juga telah melakukan aktiviti penanaman biji benih jagung.
Jagung sejenis tanaman monoeciuos dimana bunga jantan dan bunga betina tumbuhan ini terpisah dalam satu tanaman. Jagung adalah tanaman buah buahan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia terutama kanak kanak kerana rasanya yang manis dan enak apabila direbus. Ianya mempunyai tongkol yang keras manakala butir biji jagung berwarna kuning yang tersusun elok menarik perhatian sesiapa sahaja untuk menikmatinya. Isi jagung boleh dinikmati dengan cara merebus atau dibakar tongkolnya. Aroma yang terhasil sangat membuka selera sesiapa yang dapat menghidu keharuman bau jagung tersebut.
Pekara pertama yang perlu dilakukan bagi penanaman jaging ialah, biji benih jagung perlu direndam selama 1 jam di dalam air biasa. Kemudian tanah tersebut hendaklah terlebuh dahulu di bajak selepas menuai hasil tanaman jagung. Kemudian garisan telah dibuat pada batas dengan menggunakan tali rafia agar apabila menanam biji benih jagung, ia memudahkan kerja menanam biji benih.
Lubang biji benih jagung dibuat menggunakan tugal dan 1 biji benih dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan dikambus dengan tanah. Tanah tersebut perlu disiram 2 kali sekali pagi dan petang. Sistem pengairan jenis renjis sesuai digunakan bagi tanaman jagung dan perancangan yang baik perlu dilakukan sekiranya ingin menanam jagung semasa musim hujan.
Comments
Post a Comment